Follow me i follow u meh!

farish izaryl @izreez

My photo
Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Malaysia
@izreez Farish izaryl Love travel!

Monday, October 20, 2008

akU TATaw nAK cKp Pe..so..



NUKILAN INI DIPETIK DARI SALAH SATU AGEN CARIAN YANG AKU JUMPA...:)MEMBUATKAN AKU SEDAR UTK SEKETIKA..TERIMA KASIH KEPADA SI PENULIS INI..

Ingat senang ke nak cari kawan yang sebulu. Aku dulu pernah gaduh dengan kawan roomate lepas tu plak kawan serumah. Tapi itu dulu, ehehehe. Dalam dunia ini terdapat bermacam-macam ragam manusia yang sukar ditafsirkan. Jadi kalau tersilap pilih kawan, meranalah diri kerana kawanlah memberi pengaruh besar dalam kehidupan individu. Di sini ada beberapa tips yang mungkin dapat membantu korang:

1. Boleh Berkongsi Apa Sahaja, Individu dari kategori ini ternyata sanggup mengenepikan krisis yang sedang dialaminya demi seorang sahabat. Tetapi jangan pula engkau mengambil kesempatan atas dirinya pula.

Bagaimana ingin mengenalpasti individu ini?

Dia tidak kecoh dan mampu menyimpan rahsia walaupun perkara kecil.
Dia sering bertanyakan khabar tentang dirimu
Karier impiannya ialah seorang ahli ‘psikologi’
2. Memahami, Kamu boleh menerima dan mendengar nasihat serta pandangan yang diberikan dengan hati terbuka. Nasihat yang diberikan juga amat menyakinkan kamu! Individu ini wajarkamu dampingi sebagai sahabat sejati!

Bagaimana ingin mengenal pasti individu ini?

Dia sedia dihubungi bila-bila masa… 24jam sehari, 7 hari seminggu!
Dia seorang teman yang komited.
Dalam perhubungan, dia adalah pasangan yang setia.
Dalam percintaan dia banyak membantu kamu! Dia mampu mengenali sama ada individu yang kamu dampingi itu benar-benar ikhlas dengan kamu atau mungkin ingin memperalatkan diru mu sahaja!
3. Profesional, Ketika kamu mengalami krisis percintaan, sahabat datang menghampiri kamu dan cuba memahami situasi kamu. Dia cuba memberi nasihat dengan meletakkan dirimu dalam dirinya. Nasihat dan pandangannya itu ternyata tidak mempunyai unsur berat sebelah dan sekali gus tidak meletakkan kesilapan pada mana-mana pihak! Jelaslah dia sahabat yang profesional yang wajar kamu mendampingi!

Bagaimana ingin mengenal pasti individu ini?

Dia bijak mengawal emosimu setiap kali kamu berada dalam keadaan tegang.
Setiap kali kamu menyatakan pandangan dan cadangan, dia mendengarnya dengan ikhlas dan hormat.
Kamu boleh melihat kejujuran itu dari sinar matanya.
Dia tidak pernah memberi alasan sekiranya kamu ajak bertemu. Walaupun dia tahu bahawa dirinya akan menjadi tempat curahan masalah pada waktu itu.

4. Jujur, Setiap kali ada yang tidak kena dengan penampilan mu, dia akan menegur mu dengan bijak. Ternyata dia berkeinginan agar kamu kelihatan cantik sepanjang masa. Dari teguran dan komen yang diberikan itu ternyata membina. Kamu menerima dengan hati yang terluka.

Bagaimana ingin mengenal pasti individu ini?

Dia adalah individu yang lurus. Walaubagaimanapun. kelurusannya itu tidak menyakitkan hati kamu!
Dia sedia menjadi tulang belakang buat diri mu…
Kamu sentiasa merasakan bahawa nasihatnya amat berharga!
5. Happy Go Lucky, Keramahannya sentiasa menyenangkan setiap orang yang berada di kelilingnya. Dia sentisa berada di dalam keadaan ceria.

Bagaimana ingin mengenal pasti indivudu ini?

Dia pandai menjaga diri dan mementingkan penampilan
Apabila bersama dengannya kamu merasakan ia adalah detik yang paling menyeronokkan.
Dia memang menghiburkan. Teman-teman perempuan dan lelaki menyenanginya!
Hindari teman anda jika:
Teman yang Menjatuhkan kamu

Gemar mencari kesalahan orang lain
Setiap perkara dinilainya dari sudut negatif sahaja
Dia tidak memiliki ramai kawan!
Teman yang memiliki pengaruh negatif

Kamu sendiri dapat melihat sikap buruknya itu seperti kaki ponteng, menipu dan sebagainya.
Dia mengajak kamu melakukan perkara yang kamu sendiri pasti bahawa is adalah SALAH!
Dia gemar melakukan sesuatu perkara secara sesuka hati. Kamu sendiri tidak menyenanginya!
Teman yang mempergunakan kamu

Dia tidak pernah ingin berkongsi kegembiraan denganmu
Sekiranya die bersedih, dia harapkan kamu memberi sepenuh perhatian padanya.
Bila kamu memerlukan pertolongan dia tidak memberi apa-apa tindak balas.
Teman yang tikam dari belakang ( Macam cerita “Jangan Main Belakang” tu! )

Apa kamu miliki, akan turut dimilikinya sama
Dia gemar merahsiakan sesuatu perkara dari pengetahuan kamu
Nasihatnya sering menimbulkan keraguan pada dirimu.
Teman yang suka meniru kamu!

Serba-serbinya sama. Rambut, beg, baju dan lain-lainnya sama dengan mu.
Setiap kali ingin membeli barangan yang disukainya dia akan menanyakan mengenai cita rasa mu terlebih dahulu.
Apa jua yang kamu suarakan, turut disuarakan sama olehnya. Kamu bagaikan kembar. Walaupun mungkin rapat tapi masing-masing mestilah dengan indentiti tersendiri.
Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari ( Saidina Ali

2 comments:

miss galaxy said...

riz,
setiap insan x smstinya sempurna
bg menjd shbt sejati kita hrs slg terima seadanya. tiap kata yg tercatit ini memberi gmbrn insan yg kite cri bkn mdh utk kite temui.

percaya la riz, jgn berubah demi org lain. berubah la demi masa depan kite. berdiam diri x semestinya org lain blh tenang. mungkin menyebabkan mereka rase bangga buat kamoo tunduk pdnya.

fikirkan k syg,
apa jua yg kita buat Allah memberi dugaan buat kite
berdepan dgn apa juga mslh, tp kite perlu selesaikan ia jua.

love,
cik anis

rizz said...

thnks anis..tat kala mmbaca komen anis..bgetar jiwa raga ku.rizz akn ikut apa kata hati ni.thx again!

a lot like love,
rizz